Tuesday, 18 February 2014

Ikan Bilis Goreng Bawang Cili Padi




Bahan-bahannya:

-Segenggam Ikan bilis (digoreng)
-1 biji bawang besar dihiris
-Cili Padi/Lada Besar 
Cara-Cara Membuatnya:
-Goreng ikan bilis sehingga hampir garing,masukkan bawang besar dan goreng hingga naik bau kemudian letak cili padi atau besar.Sedia untuk dihidang.








Ketam Masak Lemak Cili Padi






Bahan-Bahannya:

-Ketam (ikut berapa ekor) minimum 5 ekor yang telah siap dipotong dua bahagian dan disiang -1 biji 
-2 ulas bawang merah 
-1 ulas bawang putih
-1 biji kelapa (santan pekat)
-sedikit santan cair
-kunyit hidup sebesar ibu jari
-2 batang serai
-sedikit asam keping/gantikan dengan belimbing buluh
- 10 biji cili padi mengikut kepedasan sendiri
- daun kunyit(sehelai disiat2)
-sedikit gula (ikut citarasa)jangan letak banyak kerana ketam mengeluarkan manis ketam
-garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya

-Tumbuk lumat bawang merah,bawah putih,cilipadi dan kunyit bersama-sama
-Masukkan bahan-bahan  tadi ke dalam periuk bersama- sama asam keping, garam dan serai yang telahpun dititi.
-Masukkan santan cair dan masak dengan api yang perlahan. Santan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah.
-Setelah santan dah mula mengelegak, masukkan ketam dan apabila kulit ketam nampak kemerahan, tuangkan santan pekat dan masukkan daun kunyit yang telah dikoyak.Perasakan dengan garam/gula.Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.

Thursday, 6 February 2014

Sayur Kangkung Masak Lemak


Sayur Kangkung Masak Lemak


Bahan-bahan:

Sayur kangkung yang telah siap dipetik dan dibersihkan daunnya
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk bersama bawang)
sedikit garam
1 biji - santan

Cara-cara membuatnya:
-Masukkan santan ke dalam periuk dan tunggu hingga mendidih.
-Tumbuk bawang beserta ikan bilis hingga lumat dan masukkan dalam santan.
-Bila mendidih masukkan sayur kangkung dan masak dalam masa 2 minit dan tutup api.

Kepala Ikan Tenggiri Masak Singang

My Resipi - Kepala Ikan Tenggiri Masak Singang





Bahan-bahan

Ikan tenggiri di bersihkan
2 inci kunyit hidup (dimayang)
2 inci halia (dimayang)
2 inci lengkuas
1 biji bawang besar (di mayang)
3 biji bawang putih (dimayang)
2 batang serai ( dititik )
3 keping asam keping
8 biji cili api ( dibelah dua.kalau tak nak pedas kurangkan )
1 liter air 
Garam secukup rasa.

Cara-cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk.Masakkan sehingga mendidih dan isi ikan dan letak garam secukupnya.