Bahan-Bahannya:
-Ketam (ikut berapa ekor) minimum 5 ekor yang telah siap dipotong dua bahagian dan disiang -1 biji
-2 ulas bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1 biji kelapa (santan pekat)
-sedikit santan cair
-kunyit hidup sebesar ibu jari
-2 batang serai
-sedikit asam keping/gantikan dengan belimbing buluh
- 10 biji cili padi mengikut kepedasan sendiri
- daun kunyit(sehelai disiat2)
-sedikit gula (ikut citarasa)jangan letak banyak kerana ketam mengeluarkan manis ketam
-garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
-Tumbuk lumat bawang merah,bawah putih,cilipadi dan kunyit bersama-sama
-Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama- sama asam keping, garam dan serai yang telahpun dititi.
-Masukkan santan cair dan masak dengan api yang perlahan. Santan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah.
-Setelah santan dah mula mengelegak, masukkan ketam dan apabila kulit ketam nampak kemerahan, tuangkan santan pekat dan masukkan daun kunyit yang telah dikoyak.Perasakan dengan garam/gula.Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment