Tuesday 8 April 2014

Perut Lembu Masak Pedas


Bahan-Bahan
*1/2 Kilo perut lembu
*1 biji bawang besar di hiris bulat-bulat
*Cili kering (direbus dan dikisar)
*4 biji bawang merah (dikisar)
*2biji bawang putih (dikisar)
*Satu inci halia (dikisar)
*2 batang serai
*Sos cili
*Gula
*Garam
*Asam keping/asam jawa
*Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
-Perut lembu dibersihkan dengan air asam atau tepung gandum dan direbus dalam 15 minit bersama asam keping
-Toskan dan masukkan minyak masak utuk menumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan lada nampak agak kemerahan dan pekat.
-Masukkan sedikit sos cili (2 sudu) dan masukkan garam dan sedikit gula.
-Masukkan perut tersebut bersama sedikit air asam jawa dan setengah gelas air.
-Apabila dah hampir kering masukkan bawang besar tadi bersama dengan serai dan biarkan menumis sampai naik minyak.
-Sedia untuk dihidang.

Daging Masak Kurma

Bahan-bahannya
*500gm daging  - dipotong dadu (ikut suka)
*4 ulas bawang merah (dimayang)
*2 ulas bawang putih (dimayang)
*Halia sebesar ibu jari (dimayang)
*1 paket kecil rempah kurma (adabi)
*1 setengah  cawan air
*Santan
*2 biji kentang
*sedikit lada hitam ditumbuk (black pepper segera)
*garam dan gula secukup rasa
*minyak
Cara-cara membuatnya
*Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris. Goreng hingga naik  bau.
*Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air dan masukkan dalam bahan-bahan tumis tadi.
*Biarkan pecah minyak dan masukkan daging serta kacau dan masukkan air dalam satu setengah gelas untuk empukkan daging tersebut.
*Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan lada hitam kemudian  kentang.
*Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula dan kacau.
Masak sehingga kepekatan kuah yg dikehendak atau sehingga naik minyak dan bolehlah dihidangkan. 

Gulai Ayam Pencen



Bahan-bahan
*Ayam Pencen (direbus dulu dalam satu jam)
*Bawang Merah & Bawang Putih (dikisar)
*Halia (dikisar)
*Cili Kering (dikisar)
*Kerisik
* Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih)
*Rempah Gulai & Rempah Masak "Terengganu mari" (selalu saya beli kat Pasar Seksyen 6 Shah  Alam)
*2 biji Kentang
*Santan
*Asam Keping/air  asam Jawa
*Gula
*Garam
*Minyak (utk menumis)
Cara-cara membuatnya
*Ayam dipotong dan dibasuh bersih kemudian direbus satu jam (petua untuk bagi daging lembut, rebus bersama sebatang sudu)
*Bila semua bahan yg dikisar telah siap. panaskan minyak dan tumis hingga naik bau. Masukkan rempah 3 sekawan dan masukkan Rempah Gulai,Rempah Masak dan kerisik . Tumis hingga masak dan garing.
*Masukkan ayam dan kentang. Tambahkn sedikit air dan santan dan reneh hingga ayam dan kentang empuk.
*Bila ayam dan kentang dh empuk, masukkan santan, asam gelugur dan gula . Masukkan sedikit garam.
Dah siap untuk dimakan.....

Daging Tetel Masak Pedas


BAHAN-BAHAN:
  • 500gm daging tetel  direbus sehingga empuk
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar  (dikisar)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • cili kering  di (rebus dan dikisar)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

-Daging tetel di rebus seketika sehingga empuk
-Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan yang telah di kisar dan serai sehingga garing.
-Kemudian masukkan air asam jawa, daging tetel dan serai. Kacau sehingga sebati.
-Letak garam dan gulasecukup rasa dan biarkan selama 20 minit sehingga daging tetel tadi lembut
-Sedia dihidangkan.

Sup Petola



BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji petola dibuang kulit dan dihiris
  • Cendawan
  • Pucuk Suhun
  • Setengah batang Carrot
  • 3 biji bawang merah  dihiris
  • 2 biji bawang putih dihiris
  • 1biji cili merah dihiris
  • ikan bilis  dibersihkan dan direndam
  • air (setengah periuk) ikut saiz petola banyak mana
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Ajinomoto
  • Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
-Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik aromanya.
-Selepas itu masukkan air,sayur suhun dan bila sayur suhun tersebut dah agak lembut, masukkan cendawan dan petola
-Masukkan air, garam dan ajinomoto secukup rasa
-Bila sudah masak, masukkan cili merah dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sotong Masak Kicap



Bahan-bahannya:
-Sotong dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
-1 biji bawang besar - dimayang bulat
-3 biji cili merah/hijau - dihiris kasar
-1 inci halia (dimayang)
-Kicap lemak manis secukupnya
-Sedikit garam/kicap masin

Cara-caranya membuatnya:
-Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. tumiskan bawang besar,halia, cili bersama-sama sehingga naik bau.
-Masukkan sotong sebentar dan letak kicap manis dan sedikit garam.Bila sotong agak masak, terus angkat dan jangan dibiar lama nanti isi jadi liat.

Sotong Masak Pedas

SOTONG MASAK PEDAS



Bahan-bahan
 *3 ulas bawang merah
 *2 ulas bawang putih
 *1 inci halia
 *Cili blender (Lada kering di blender)
 *1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
 *sedikit air asam jawa
 *Garam dan gula secukup rasa

 Cara-cara

*bawang merah, putih, halia dan cili blender disatukan dan ditumis dengan minyak.
*Setelah naik bau masukkan garam, gula secup rasa dan masukkan sotong tanpa letak air.
*Masukkan air asam jawa (jangan banyak sangat nanti masam) dan biarkan agak kering.
*Masukkan bawang besar dan tunggu sehingga lada betul2 keluar minyak dan masak.
-Sedia untuk dimakan..