BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji petola dibuang kulit dan dihiris
  • Cendawan
  • Pucuk Suhun
  • Setengah batang Carrot
  • 3 biji bawang merah  dihiris
  • 2 biji bawang putih dihiris
  • 1biji cili merah dihiris
  • ikan bilis  dibersihkan dan direndam
  • air (setengah periuk) ikut saiz petola banyak mana
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Ajinomoto
  • Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
-Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik aromanya.
-Selepas itu masukkan air,sayur suhun dan bila sayur suhun tersebut dah agak lembut, masukkan cendawan dan petola
-Masukkan air, garam dan ajinomoto secukup rasa
-Bila sudah masak, masukkan cili merah dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.