Thursday, 18 October 2012

Kari Daging



Bahan-Bahan
  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya
Cara Memasak
  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Wednesday, 26 September 2012

Ayam Percik




Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1  inci halia (dikisar)
1 inci  kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
2 sudu besar cili kisar
Santan
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan
-Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
-Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
-Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
-Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
-Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
-Setelah ayam 3/4 masak  keluarkan ayam tadi  dan ketepikan.
-Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
-Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar /masukkan ke dalam oven selama 20 – 25 minit.
Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
-Angkat dan sedia utk dihidangkan.


Monday, 24 September 2012

Laksam Terengganu




Buat Laksam
- 3 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-4 cawan air

-Semua adunan dicampur dalam satu bekas dan masukkan air.Kacau hingga sebati.Kemudia sediakan loyang nipis dan sapu minyak ke dalamnya.
-Panaskan loyang berminyak itu seketika ke dalam periuk kukus.
-Curahkan bancuhan tepung ke dalam loyang tersebut dan buat jangan nipis atau terlalu tebal.
-Tutup kukus dan tunggu sampai tepung masak.
-Setelah masak, biarkan ia sejuk dan menjadi suam sebelum ia ditanggalkan dari loyang.
-Gulung lapisan tepung yang dimasak perlahan2 dan potong lebih kurang 1 cm.

Untuk Kuah

-Santan dari 1 biji kelapa
-Ikan 6 ekor (direbus bersama asam keping dan sedikit garam)
-Halia 1 ibu jari
-Bawang merah 4 ulas
-Bawang Putih 2 ulas
-1 batang serai
-Lada hitam (tumbuk /serbuk)
-Sedikit daun kesum

-Masukkan ikan yang direbus tadi dan blender bersama bawang putin dan merah dan air rebusan masukkan sekali.
-Masukkan santan bersama bahan2 yang diblender tadi dan masak dalam api yang sederhana.Masukkan serai bersama asam keping dan daun kesum.Kemudian masukkan garam, sedikit gula dan akhir sekali lada itam.Letak ikut selera.
-Boleh di hidangkan bersama ulam seperti hirisan timun, tauge, daun kesum.

Nasi Dagang




Untuk nasi:
-3 Cawan Beras biasa
-1 Cawan beras pulut
-3 biji bawang merah (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  sudu besar halba
- 1 cawan santan
-½ sudu besar gula
- sedikit garam

Untuk Kuah
-1 ekor ikan tongkol yang besar direbus asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
- ½  sudu serbuk ketumbar
- ½  sudu jintan manis
- 1 inci lengkuas setelah dihiris
- 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
- 2 ulas bawang putih (yang besar)
- 1/2 inci halia
- satu sudu lada blender (lada kering +Bawang Merah+Bawang Putih)
- kerisik dari 1/2 biji kelapa
- santan dari 1 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
- 1 batang kulit kayu manis
 Untuk Acar
-1 biji timun
-1batang karot
-1 biji cili merah besar

Cara-cara memasak kuah:
-semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
-masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
-masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)

Cara-cara memasak nasi
- beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
-kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
-Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

Thursday, 20 September 2012

Sayur Sawi Cina Masak Lemak




Bahan-bahan:
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 3 biji bawang putih (dihiris)
- Sedikit Ikan bilis
- Lada besar (sebiji)

Cara-cara membuatnya:
_Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi bersama ikan bilis ke dalam periuk.Tuangkan santan dan gula bersama sedikit garam dan air
kacau sampai santan mengelegak, masukkan sayur tadi.Masak jangan sampai layu sangat, nanti tak sedap.Siap untung dihidang.

Ikan Bilis Masak Pedas



Ringkas dan menyelerakan.Selalunya dihidang bersama bubur dan nasi panas.Boleh juga dimakan bersama roti..nyum2..Mari kita tengok apa bahan-bahannya:

Bahan-bahan
- Lada Blender (yg telah diblender dengan cili kering +bawang putih+bawang merah/besar)
-sedikit asam jawa
-Bawang besar

Cara-cara membuatnya:
Tumiskan lada yang dikisar tadi sampai naik bau.Masukkan gula dan garam dan kemudia masukkan air dalam satu cawan.Kemudian masukkan ikan bilis tadi dan sedikit asam jawa.Tunggu sampai air kering dan pecah minyak.Last sekalimasukkan bawang besar yang dihilis.Siap untuk dimakan.

Wednesday, 19 September 2012

Sup Ikan Merah




Disebabkan ikan merah masih ada 2 ketul lagi, so terpaksalah buat sup..Sedap juga..

Bahan-bahan

-3 biji bawang merah
-2 biji bawang putih
-lada itam
(semua bahan2 tadi ditumbuk hancur).Kalau malas just hiris jek
- Bunga Cengkih
-Kayu manis (sebatang)
-Sup bunjut
-Asam keping

Cara-cara membuatnya:
-Tumbuk semua bahan tadi dan tumiskan dengan sedikit minyak bersama kayu manis dan bunga cengkih.Tumis sampai agak kuning dan masukkan air dalam 3 cawan.Selepas itu masukkan sup bunjut dan sedikit garam dan ajinomoto.Rasa kalau suka masin, masukkan lebih garam.Kemudian apabila air dah mengelegak, masukkan ikan bersama asam keping..masak dalam masa 5 minit kerana kalau ikan terlebih masak akan jadi hancur.Tak sedap.Sedia untuk dihidang

Sayur Sawi Cina Goreng




Sayur ni kalau tak pandai nak masak tak sedap.Sebab tak ada rasa..tawar jek.Nak bagi ada rasa kita try cara mcm ni..

Bahan-Bahan
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Ikan bilis

Cara-cara membuatnya:
-Tumbuk bahan2 tadi dan tumis.masukkan garam sikit, gula (jangan banyak) dan sos tiram.Selepas tu masukkan sayur dan biar sampai sayur agak layu sikit (jangan layu sangat).

Ikan Sardin/Selayang Masak Kicap




Resipi paling senang and ringkas.Selalunya balik kerja malas nak fikir menu apa nak masak.Tambahan lagi masa suntuk coz sampai umah dah kul 6.30 ptg.Sementara tunggu ikan dlm peti ais dah x beku..kita siapkan bahan2 dulu..
Bahan-bahan
-Setangah bawang besar (dihiris/dimayang)
-3 biji Bawang merah (kecil)
-2 biji Bawang Putih (dihiris)
-1 besar ibu jari Halia (dihiris halus2)
-Lada Kecik/Lada besar dihiris (Kalau kuat pedas guna lada besar)

Cara-Cara Membuatnya:
-Ikan digoreng terlebih dahulu dengan kunyit+garam.Dah garing angkat dan toskan dr minyak.
-Masukkan lebih kurang 3 sudu minyak masah dan tumis bahan2 yang dihiris tadi sampai naik bau.Kemudian masukkan sos cili, gula dan sedikit garam.Selepas itu masukkan kicap manis dan last sekali masukkan ikan tadi dan sedia untuk dihidang.

Sayur Buncis Goreng Telur



Resipi paling ringkas dan sedap.

Bahan-bahan
- Kacang Buncis (ikut sebanyak mana)
-Ikan bilis
-2 biji Bawang Merah
-2 biji Bawang Putih
-Lada besar
-1 biji telur ayam

Cara-cara membuatnya:
-Tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.Masukkan minyak dan tumis sampai naik bau.Masukkan kacang buncis, gula dan garam secukup rasa dan masukkan telur dan kacau sampai sayur kering.Sedia untuk dimakan.

Tuesday, 18 September 2012

Ikan Merah Masak Lemak





Dah start menu pertama iaitu Ikan Merah Masak Lemak..Nyum2 sedap 1st time buat.Si suami tambah banyak kali..nyum2..Cara2 membuatnya..ni resipi sendiri...kalau lain dari org lain x ada le namanya "resipi sendiri"..ye x?


Bahan-bahan
-3 biji bawang merah
-2 biji bawang putih
-sedikit lengluas (sebesar ibu jari tangan)
-1 batang serai
-sedikit kunyit sebesar ibu jari jugak (kalau nak kuning banyak isi banyak)
-satu sudu cili yg dah di blender
(semua tumbuk sampai hancur) kalau malas blender jelah..

Cara-cara memasak
-Tumiskan semua bahan tadi dalam kuali sampai naik bau.Selepas itu letakkan setengah sudu gula dan garam.Setelah tumis sampai naik bau, masukkan santan dan kacau sebentar.Bila santan nak hampir pekat, masukkan ikan bersama asam keping atau asam jawa.Pastu tunggu sampai pecah minyak dan ikan dah masak.Jangan biar sampai ikan hancur coz x best..So siap untuk dimakan